Diari Kecemerlangan Sebuah Penyelidikan
Penyelidikan merupakan satu usaha kerja berbentuk projek yang bertujuan menggali sebuah bidang ilmu mengikut skop dan sudut pandangan tertentu. Apa yang jelas terdapat satu ilmu baru bakal diusulkan hasil dari sebuah penyelidikan. Samada ia diusahakan oleh seorang pelajar penyelidikan maupun golongan tenaga pengajar, seseorang penyelidik pastinya bakal melalui sebuah perjalanan yang kadang kala menjadi sebahagian kehidupan hakiki. Justeru pelbagai kekangan yang dihadapi merupakan lumrah sebuah perjalanan penyelidikan. Namun segala kekangan ini pasti boleh diatasi dengan genggaman erat prinsip kehidupan yang bakal diterjahi. Justeru manuskrip ini memaparkan prinsip utama kehidupan seseorang individu yang bergelar seorang penyelidik menerusi beberapa kunci utama.
Currently No Review